20 April 2021

19 April 2021

 AAC SM PIHM, SERASA 2020

10/4/2021 


Bismillahirrohmanirrohim, alhamdulillahi robbil ‘aalamin wassalatu wassalamu ‘alaa asyrafil anbiyaaie wal mursolin wa ‘alaa ‘aalihi wa sohbihi ajma’een.

Yang dimuliakan lagi dihormati tetamu kehormat majlis, Puan Suriayati binti Haji Mohiddin, Pengerusi PIBG Sekolah, yang dimuliakan Pemangku Timbalan Pengetua Akademik, Cikgu Dk Hjh Yasrina Nor Atikah binti Pg Haji Yakub, Yang dimuliakan Timbalan Pengetua Pentadbiran Cg Haji Mahleyuddin bin Haji Metussin, Pengurus Operasi Sekolah Cg Hjh Juzailahwati binti Haji Johari, kaunselor-kaunselor sekolah, guru-guru kanan, guru-guru, para hadirin yang terdiri dari ibubapa serta penjaga yang dihormati dan pelajar-pelajar yang dikasihi sekelian,

Assalamualaikum warah matullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Alhamdulillah dengan rahmat dan izin Allah subhanahu wata’ala pada pagi yang mulia lagi ceria ini kitani dapat berkumpul bersama-sama untuk meraikan kejayaan pelajar-pelajar tahun 11 sesi 2020 terdiri daripada pelajar yang mengikuti kursus General Programme, Applied Programme dan juga kelas Permata. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pelajar tahun 11 sesi 2020 kerana telah berjaya menamatkan pembelajaran formal 5 tahun bagi peringkat menengah. Saya juga difahamkan pada hari ini seramai 26 pelajar yang diraikan kerana berjaya mendapat 5 kredit dan ke atas dalam peperiksaan GCE ‘O’ dan IGCSE Level pada bulan Oktober/November tahun lepas. Sebanyak 6 gred A* distinction juga telah diperolehi oleh 5 orang pelajar. Selain dari itu dua orang pelajar tahun 11 yang telah menamatkan program pravokasional juga diraikan pada hari ini.
Untuk makluman para hadirin sekelian, sasaran sekolah bagi peratus pencapaian pelajar mendapat 5 kredit dan keatas dalam peperiksaan GCE O dan IGSCE pada tahun lepas adalah 25 peratus dan alhamdulillah dengan izin Allah kitani semua berjaya melangkaui sasaran berikut dan berjaya meraih 29% pelajar mendapat 5 kredit dan ke atas. Saya juga difahamkan sebanyak 9 matapelajaran menujukkan peningkatan dalam peratus pelajar mencapai 5 kredit dan ke atas dan 4 matapelajaran mencapai seratus peratus pelajar mereka mendapat kredit.
Syabas dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua ibubapa/penjaga, pelajar serta guru-guru yang diraikan pada pagi ini atas kejayaan tersebut.

Pihak sekolah sangat berbangga atas kejayaan yang dicapai oleh biskita semua dan kami percaya kejayaan ini terhasil dari kesungguhan anak-anak semua berusaha keras, sokongan dan dorongan yang tidak pernah putus asa dari guru-guru dan ibubapa/ pelajar sekelian.
Pelajar-pelajar sekelian, tidak dinafikan disebalik kejayaan kamu ada insan-insan istimewa yang bekerja keras dalam memastikan kejayaan hari ini adalah milik kamu. Tanpa mereka dan izin Allah, mungkin kita tidak akan berdiri pada pagi ini dan berada di dalam majlis keraian ini. Mereka ialah para ibubapa/penjaga dan guru-guru yang dimuliakan lagi dihormati. Ketahuilah anak-anak sekelian, mereka ini adalah tunggak utama dalam memastikan kebajikan, keselamatan dan kesejahteraan kamu dalam menuntut ilmu terjamin dengan baik. Lebih-lebih lagi dengan keadaan kitani pada tahun lepas disebabkan adanya COVID-19, semua kita tidak dinafikan berada dalam kesulitan dalam mengadaptasikan diri dengan norma-norma baharu. Pembelajaran melalui atas talian memerlukan guru-guru untuk berusaha lebih keras dan kreatif bagi memastikan pembelajaran dan pengajaran pelajar semua tidak terjejas dan dapat berjalan tanpa banyak gangguan. Pelajar sendiri terpaksa cepat mematangkan diri untuk lebih bertanggungjawab dalam pembelajaran dan ibubapa/penjaga berbelanja lebih bagi menyediakan platform pembelajaran anak-anak agar lebih selesa dan berkesan. Tahniah saya ucapkan kepada biskita semua atas kecekalan, ketabahan, kesabaran dalam menghadapi masa-masa yang penuh dugaan dan cabaran. Apabila sekolah telah dibuka dan pembelajaran berlangsung disekolah dalam keadaan norma baharu, guru-guru berusaha untuk menimbal balik mana yang kurang, meluangkan masa bersama pelajar semua, tidak terkira jumlah jamnya di sekolah, mereka berkorban tenaga, waktu bersama keluarga, kewangan dan kesihatan mereka dalam memastikan pelajar sekelian mendapat kualiti pengajaran yang baik demi untuk merealisasikan matlamat wawasan negara 2035 iaitu menghasilkan rakyat brunei yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan dapat menyumbang bakti dalam memantapkan ekonomi negara kitani.

Sebelum mengakhiri ucapan saya pada pagi ini, saya ingin mengulang Kembali, kata-kata berupa do’a yang pernah saya kongsikan pada majlis anugerah pelajar pada tahun yang terdahulu, ditujukan istimewa buat guru-guru dan ibubapa/penjaga yang juga merupakan guru terawal bagi pelajar sekelian.

Wahai guru-guru dan ibubapa yang saya hormati dan muliakan, saya tahu betapa agung dan mulianya biskita dalam mendidik dan menggalas amanah Allah, semoga Allah subhanahu wa taalaa, menganugerahkan rasa rahmat, belas kasih sayang kepada biskita, semoga biskita semua dikurniakan dengan kesabaran, ketabahan, kecekalan, semangat bekerjasama yang tinggi sebagai sebuah pasukan, dengan semangat permuafakatan dan semangat juang, yang tidak mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab ini demi kejayaan anak-anak semua.
Semoga Allah menganugerahkan keceriaan, kebahagiaan, kesihatan, keselamatan dan ketabahan sepanjang baki umur biskita. Semoga setiap perbuatan, tuturkata, degupan jantung, hembusan nafas, kerlipan mata biskita dicatat sebagai amal kebajikan dan pahala dan dipercepatkan perjalanan di sirratul mustaqim dan ditempatkan biskita semua didalam syurga Allah diakhirat kelak. Semoga anak-anak semua dikurniakan sifat yang mulia dan akhlak yang luhur, menjadi anak didik yang sentiasa hormat, mendengar tunjuk ajar dan menjadi insan yang sempurna, berjaya dan berguna kepada agama, bangsa dan negara tercinta. Ya Allah, sekiranya kesusahan atau derita, dihadap oleh insan-insan bernama guru dan ibubapa ini sehingga hilangnya sesuatu hak mereka, kerana perbuatan anak-anak mereka, jadikanlah semua itu menjadi penyebab gugurnya dosa-dosa mereka dan juga penyebab tingginya kedudukan mereka dan bertambahnya pahala mereka, aamen yaa rabbal alaameen.

Aher kalam, tidak lupa saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada ahlijawatankuasa majlis di bawah pimpinan Cg Dk Hjh Yasrina, Cg Amalina, Cg Dk Hjh Rabihah, Cg Hj Azrin, Cg Sari Uqbiah, Cg Hamdini, Cg Hjh Maselinah, Cg Jurina, Cg Harayati, Cg Dk Noor Afizah dan juga semua Guru-Guru Kanan dan guru-guru terlibat yang tidak sempat disebutkan nama mereka yang telah bekerja keras, tanpa mengira lelah dalam memastikan perjalanan majlis pada pagi ini berjalan dengan lancar dan sempurna. Terima kasih juga kepada hadirin hadirat yang sabar dalam mendengar ucapan saya yang panjang lebar pada pagi ini, tahniah sekali lagi diucapkan kepada ibubapa serta pelajar yang diraikan didoakan semoga akan terus berjaya dan cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi dan mencapai cita-cita yang dinginkan.

Wabillahitaufiq walhidayah, wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh.














08 Mac 2021

 Appreciation day (school awarding top 3 students) & Celebrating National Day

9/3, Tuesday, 8:00-10am 

 











 

22 November 2020

Penyampaian Hadiah Akademik

21 November 2020

SM PIHM, Serasa

02 September 2020

 Drive-thru Ramadhan 2020

Foyer SM PIHM, Serasa

4 hingga 6 Mei 2020






25 Ogos 2020

 Penyampaian Hadiah Akademik 2019

November 2019 

Dewan Serbaguna SM PIHM, Serasa

 

29 Jun 2019

TWINNING PROGRAMME SCHOOL, BOON LAY SECONDARY SCHOOL SINGAPORE
25 - 27.6.2019